study hard
Friday, 4 January 2013 | 22:26 | 0 comments
Assalamualaikum cinta !
hujan yang turun . bagaikan mutiara .* menyanyi plak * sejuknya cuti-cuti macam niey boleh landing atas katil . hehe . sambil-II tu mencuri masa sikit nak buat entri baru di blog yang tak bersentuh nie . tahun niey bermula lah kami sebagai pelajar pra-u semestar 2 . insya Allah result semestar satu akan keluar March nanti * luar je nampak happy tapi dalam hati hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui . hope kami dapat result yang terlebih cemerlang . semestar ni terpaksa la aku berdikari dengan PBS nya yang berlambak , kawan pon dah takde * masuk politeknik plak . tinggal la aku terkontang-kanting kat sekolah . memang la ramai kawan lain tapi tak sekepala . sob! sob! cakap pasal sekolah ermmm baru tiga hari start pastu cuti . lega sikit boleh relaxkan minda niey . berserabut korang ! arie kedua sekolah dah bertimbun homework . jangan mengalah aqila * ingat pe tujuan kau masuk form six * first nak masuk universiti , second nak kerja dengan sijil stpm , third mahu buktikan kat kawan-II kau yang lain . first tahun nie kena settle kan PBS subjek pengajian am dan bahasa melayu . lepas tu exam semestar dua plak bulan may nanti . parah-II . kalau boleh putarkan waktu , memang aku nak imbas ke alam persekolahan form five dulu . nak kawan , junior dan guru yang semua buatkan aku happy ! betul la kata orang makin lama makin susah kehidupan ini especially belajar . wake up daripada tidur untuk berjaya . buat mak abah gembira ! yang penting masa depan yang cerah kalau ada kelulusan yang tinggi .
" menuntut ilmu adalah fardhu dia atas setiap orang islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh setiap sesuatu termasuk ikan-ikan di laut "
Bubye darling :)